Rumah anak yatim tipikalnya sebuah tempat yang nampak kurang ceria. Ini adalah kerana ianya nampak seperti asrama sekolah yang membosankan. Di Afrika Selatan ada sebuah lagi rumah anak yatim unik kerana dibina menggunakan kontena kargo. Sebelum ini kami ada paparkan rumah anak yatim yang diperbuat daripada buluh di Thailand. Rumah anak yatim itu nampak unik kerana tidak menggunakan bahan
binaan konvensional. New Jerusalem Orphanage ialah sebuah rumah anak yatim yang mempunyai 80 orang penghuni. Ianya mula dibuka pada tahun 2000 oleh dua orang adik beradik yang kasihan melihat anak kecil dibuang kerana HIV ataupun kemiskinan. Kerana jumlah penghuni yang semakin bertambah, New Juruselem memerlukan bangunan baru. Firma 4D And A ditugaskan mereka bangunan baru ini dan kontena kargo digunakan kerana ianya 25% lebih murah dari bahan binaan lain dan paling penting ianya mudah dibina. Winning! Nampak sangat ceria rumah anak yatim ini.
Laporan asal Inhabitat
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.