Friday 30 November 2012

BRA TERBESAR DUNIA UNTUK KUTIPAN KANSER PAYUDARA

Apa yang anda lihat di bawah ialah bra terbesar di dunia sebesar 29.6 meter dan seberat  90 kilogram.  Lebar setiap cup pula ialah 7 x 2.5 meter. Bra ini dihasilkan bagi membuat kutipan amal kanser payudara di United Kingdom. Ianya kini dilelong di laman Ebay. Jika anda mahu memiliki bra gergasi ini silalah letakaan bidaan anda disini





KERETA BERENJIN KERETA KEBAL

Blastolene Special ialah sebuah kereta custom yang dibina oleh Randy Grubb pada tahun 2001. Ia menggunakan sebuah enjin kereta kebal M47 Patton yang menghasilkan 810 kuasa kuda. Kereta seberat 4300 kg ini menggunakan transmisi bas dan kelihatan sangat unik. Ianya kemudia dibeli oleh hos rancangan TV Amerika Jay Leno yang kemudiannya melakukan beberapa modifikasi seperti menaikkan kemampuan enjin kepada 1600 kuasa kuda. Untuk memiliki kereta ini tidal murah kerana penggunaan minyaknya yang melampau iaitu sekitar  2 liter petrol untuk setiap kilometer perjalanan! Fuu!




EVOLUSI KOTA MEKAH KETIKA MUSIM HAJI

Hari ini mari kita melihat gambar-gambar menarik kota Mekah ketika musim haji. Jelas kelihatan jumlah jemaah semakin meningkat setiap tahun. Pembangunan kota Mekah juga sangat membangun.




HOTEL RYUGYONG PYONGYANG AKAN DIBUKA

Kami ada paparkan berita penyambungan pembinaan Hotel Ryugyong di Pyongyang yang sudah terbengkalai selama dua dekad. Hari ini kami dipahamkan hotel yang sudah dalam pembinaan sejak 1986 akan dibuka pada tahun hadapan. Pada asalnya hotel setinggi 105 tingkat dengan 3000 buah bilik ini sepatutnya dibuka pada tahun 1989, setahun selepas jiran mereka Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Seoul. Ianya sebagai bukti Korea Utara juga mampu membina bangunan moden setanding jiran kapitalis mereka.  



Thursday 29 November 2012

THE LIBERTY : HOTEL MEWAH DIUBAHSUAI DARI PENJARA LAMA

The Liberty ialah sebuah hotel mewah 5 bintang di bandaraya Boston. Ianya dahulu sebuah penjara yang beroperasi selama lebih 120 tahun (dibina pada tahun 1851) sebelum ditutup pada tahun 1973 akibat rusuhan banduan. Pada tahun 2001 ianya dibuka sebagai hotel selepas menjalani proses pengubahsuaian. Kini ianya menempatkan 298 bilik yang dihuni penginap suka rela dan berbayar. Tidak perlu cuak dirogol didalam bilik mandi! This makes me think. Kalau Penjara Pudu diubah suai instead of kena roboh, adakah orang nak tidur dalam Hotel Pudu? .




APARTMEN TERKECIL DI SWEDEN

Ini ialah apartmen terkecil di Lund, Sweden. Ianya hanya sebesar 12 meter persegi  (130 kaki persegi) dan dipenuhi dengan segala keperluan apartmen bersaiz normal. Sungguhpun ianya kecil sewa bulanannya tidak kecil langsung iaitu USD 370 (RM 1170) sebulan!





HA-420 HONDAJET : HONDA KINI PENGELUAR PESAWAT PERIBADI

HA-420 HondaJet ialah usaha sulung Honda bagi menghasilkan pesawat peribadi. Pesawat ini berbeza dengan pesawat peribadi lain kerana konfigurasi enjinnya yang diletakkan di atas permukaan sayap dan bukannya pada badan seperti pesawat lain. Pesawat ini sepanjang 12.71 meter dengan sayap selebar12.15 meter ini mampu membawa 6 orang penumpang dan anak kapal. Jarak perjalanan maksimumnya pula iala 2593 kilometer dengan kelajuan 778 kmj. Setiap Hondajet dijual pada harga USD 4.5 juta (RM 13.5 Juta) sebuah. 


APARTMENT KEDIAMAN PELAJAR DI SEPANYOL

Sudah agak lama kami tidak paparkan kolej kediaman pelajar di laman kami ini. Hari ini mari kita ke Gandia Sepanyol. Di bandar yang ini sebuah kompleks kediaman pelajar di bina untuk pelajar universiti berhampiran. Ianya seakan komplek kediaman pelajar Tietgenkollegiet Copenhagen dimana pelajar dari beberapa universiti tinggal di tempat kediaman  yang sama. Ini menambahkan interaksi antara pelajar berlainan universiti. Terdapat 102 apartment kesemuanya .




SEKOLAH TADIKA YANG CERIA DI PARIS


Di Malaysia tadika biasanya ialah rumah di taman perumahan yang diubah suai. Untuk memberikan kelainan dinding tadika di Malaysia diconteng dengan warna terang dan karakter kartun yang dilukis dengan huduh. Mickey Mouse telinga besar sebelah dan Doraemon mata crazy eyes. I tell ya kids, I am scared of the kindergardens in Malaysia coz they look like crazy houses. 

HOTEL RYUGYONG AKHIRNYA BAKAL SIAP SELEPAS 16 TAHUN TERBENGKALAI

Hotel Ryugyong ialah sebuah hotel yang dibina Kim Il Sung sebagai bukti Korea Utara lebih bagus dari Korea Selatan. Mula dibina pada tahun 1986 ianya sepatutnya dibuka pada tahun 1989 tetapi selepas mengalami beberapa penangguhan ianya bakal siap menjelang 2012. Ianya bakal dibuka sempena hari jadi Presiden Kekal Abadi Kim Il Sung ke 100.




TIETGENKOLLEGIET : ASRAMA PELAJAR PALING COOL DI DEMARK

Tietgenkollegiet (Dewan Pelahar Tietgen) ialah sebuah asrama yang terletak diCopenhagen Denmark. Ianya dibina sebagai tempat kediaman pelajar universiti dari sekitar Copenhagen. Berbeza dari asrama biasa, Tietgenkollegiet dibina dalam bentuk bulat bagi menggalakkan interaksi sesama pelajar dari pelbagai latar belakang serta institusi pendidikan berbeza. Ianya dibina pada tahun 2006 dan direka oleh firma Lundgaard and Tranberg. Tietgenkollegiet mendapat inspirasi dari rumah kediaman komuniti yang digunakan oleh etnikHakka di China.




RUMAH BULUH DI BALI


Sebelum ini ada sekolah buluh  Hari ini mari kita ke Bali Indonesia untuk melihat Ibuku, sebuah perkampungan yang kesemua rumahnya diperbuat dari buluh yang direka oleh Donna Karan. Di dalam perkampungan Ibuku terdapat 15 rumah yang dieprbuat dari buluh sepenuhnya dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ianya terletak di Sungai Ayung. Bagaimana? Ada berani mempunyai rumah buluh sebegini?


JABAL OMAR : SATU LAGI PROJEK MEGA KOTA MEKAH

Projek Jabal Omar ialah satu lagi projek pembangunan mega yang sedang dijalankan di Kota Mekah. Ianya projek pembinaan tempat kediaman, hotel serta ruang perniagaan berhampiran Masjidil Haram. Apabila siap kelak ia boleh menempatkan 45 000 jemaah pada satu-satu masa. Projek ini sudah dalam perancangan sejak 1989 lagi. Syarikat rekaan Ateliers Lion Architectes Urbanistes dari Perancis memengangi pertandingan bagi mereka hutan konkrit terbaru ini. 




KAPAL LAYAR JAMES BOND DI DALAM SKYFALL UNTUK DIJUAL

Skyfall ialah filem yang bosan. Seriously it is not even a real Bond movie. Writers just gave up this time around. Having said that kapal layar yang dinaiki Bond dan Severine untuk menemui Gay Javier Bardem adalah sangat cool beans. Kapal layar Regina yang mampu menempatkan 12 orang tetamu di dalam 6 kabin berasingan ini dijual pada harga USD 14.2 Juta


JEJAMBAT PEJALAN KAKI PALING COOL DI DUNIA

Jejambat ialah antara struktur yang paling sadis di Malaysia. Orang Malaysia lebih sayangkan masa dari nyaway apabila melintas jalan mengakibatkan jejantas menjadi gajah putih yang didiami gelandangan dan peminta sedekah. Jejantas paling mahal di Malaysia terletak di Kuala Lumpur dan ianya dilengkapi sistem penghawa dingin. Namun begitu masih ada yang tak mahu guna dan to be honest rekaan jejantas berhawa dingin itu amat generik.


HOSPITAL KERETAPI KAZAKHSTAN

Di Kazakhstan terdapat perkhidmatan hospital bergerak yang menjelajah seluruh negara dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat luar bandar. Perkhidmatan hospital bergerak ini dimulakan pada tahun 2010 dan berfungsi selama 11 bulan setahun. Di seluruh Kazakhstan terdapat 3 set hospital keretapi sebegini. Setiap hospital terdiri dari 8 gerabak dimana 4 daripadanya menjadi hospital dengan 17 bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan.



Wednesday 28 November 2012

PESAWAT PERIBADI JACKIE CHAN

Tahukah anda Jackie Chan ialah duta jet peribadi berjenama Embraer diChina? Beliau menerima sebuah pesawat Embraer Legacy 650 bernialai USD 30 (RM 91 Juta) sebagai sebahagian dari syarat penajaan beliau. Pesawat ini diberikan livery khas jenama JACKIE pada bahagian tepi dan ekor pesawat.Pesawat ini mampu mencapai kelajuan 834 kmj dan membawa 13 orang penumpang. Untunglah jadi duta produk. Dapat kapal terbang percuma.


ARCA GOLLUM GERGASI DI LAPANGAN TERBANG NEW ZEALAND

Untuk mempromosikan filem Hobbit The Unexpected Journey, pihakWeta Workshop menghasilkan arca gergasi Gollum selebar 49 kaki dan setinggi 9 kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington New Zealand. Arca ini digantung di kafeteria lapangan terbang dan sekiranya anda di New Zealand jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar arca gergasi ini. Cool stuff.


SPA HELLO KITTY DI DUBAI

Hello Kitty ialah sebuah brand yang dikenali seluruh dunia. Hari ini mari kita lihat Spa Kecantikan Hello Kittyyang dibuka di Dubai. Ia merupakan spa bertemakan Hello Kitty pertama di dunia. Ia menawarkan khidmat pedicure dan kecantikan serta cafe makanan organik untuk pelanggannya. Jika ke Dubai silalah kesini! in b4 "pewarna kuku tak sah solat"


ORDINSKAYA : ANTARGUA AIR BAWAH TANAH TERBESAR DUNIA A

Ordinskaya yang terletak di Russia ialah salah sebuah gua air bawah tanah terbesar dunia. Ianya ditemui sekitar 1964 dan kini menjadi destinasi menyelam yang diminati di Russia. Ordinskaya mempunyai panjang keseluruhan 3.5 kilometer dengan gua terbesarnya selebar 60 meter. Ordinskaya terkenal dengan airnya yang sangat jernih dan tidak dipenuhi keledak.


GALAXY SOHO : BANGUNAN FUTURISTIK DI CHINA

Bangunan Galaxy Soho ialah sebuah bangunan pejabat dan pusat membeli belah yang sudah siap dibina di Beijing. Bangunan seluar 330 000 meter persegi rekaan juribina ternama Zaha Hadid ini dibuka Ogos lalu dan ianya antara bangunan futuristik yang mengangumkan. Ianya terdiri dari empat bangunan yang kelihatan seperti telur yang disambungkan dengan jambatan pejalan kaki gergasi. Sekali pandang ianya kelihatan seperti hibrid telur Aliens dan kebuk teleprotasi filem The Flylakonan Jeff Goldblum. Nampanya China juga berlumba-lumba untuk membina bangunan futuristik. Yongsan International Business District di Korea Selatan kini mempunyai pesaing koleksi bangunan moden!


ENCORP MARINA PUTERI HARBOUR. JOHOR

Pembangunan di Iskandar Johor semakin pesat sejak kebelakangan ini. Tetapi jika anda ingin tahu terdapat pelbagai lagi projek pembinaan mega dan mewah di Nusajaya ini. Encorp Marina Puteri Harbour ialah marina yang dibangunkan oleh Encorp bernilaiRM500 juta. Ia akan dilengkapi dengan marina dan juga tempat kediaman bertaraf lima bintang. Kondominium di Encorp Marina Puteri Harbour dijual pada harga diantara RM 635 ribu sehingga RM 2.3 juta. Ianya terletak 10 minit dari checkpoint Tuas dan 30 minit dari pusat bandar Singapura (traffic permitting). As you can see these condos are not cheap and are clearly targeted towards our richer Singaporean neighbours. But hey... they look bloody awesome!


SENI UKIRAN DARI BATU HIROTOSHI ITOH

Seni ukiran semakin kurang diminati golongan muda. Jika pada zaman dahulu kita ada pengukir lagenda seperti Rodin, Donatello danMichaelangelo yang mengukir menggunakan medium marmar, zaman sekarang kita jarang sekali melihat ukiran batu yang boleh dianggap legendary. Pengukir dari JepunHirotoshi Itoh menghasilkan karya ukiran yang menarik dan juga menakjubkan di bawah. Totally mind blowing.


GELAGAT PENUMPANG KERETAPI DI INDIA


Di Malaysia kita cukup gemar mengutuk betapa tidak efisyennya KTM. Ada juga kami dengar rakyat Malaysia enggan menaiki KTM Komuter kerana "banyak Indo, Bangla dan Nepal". Rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari betapa beruntungnya mereka kerana sistem keretapi kita jauh lebih moden dari apa yang ada di India. Berikut ialah gambar yang diambil oleh Steve McCurry, jurugambar tersohor dari National Geographic. Selepas melihat gambar di bawah kami pasti anda akan rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada di negara kita On a side note walaupun sistem keretapi di India ini kuno, tidak terdapat masalah kelewatan yang

SIGNATURE TOWER : MENARA TERTINGGI ASIA TENGGARA

Takhta Petronas Twin Tower sebagai menara tertinggi Asia Tenggara bakal tumbang menjelang tahun 2020. Do Indonesia Signature Tower sedang giat dibina dan apabila siap kelak bangunan 111 tingkat setinggi 638 Meter ini akan menjadi menara ke lima tertinggi di dunia. Ini berbanding hanya 88 tingkat dan 452 Meter pada menara berkembar Petronas. Projek bernilai 18 Trillion Rupiah (RM 6 Billion) ini bakal menempatkan hotel, pusat beli belah serta ruang pejabat. Pembinaan menara ini ialah bagi memenuhi kehendak ruang pejabat yang semakin tinggi di Jakarta. Ia juga bakal menjadi bahan berlagak warga Indonesia bila bergaduh dengan Malaysian di Youtube dan Forum . "Menara kami lebih tinggi donk!. WKWKWKWKWKW"




THE CLOUD : BANGUNAN YANG MENYEBABKAN ORANG AMERIKA MARAH

The Cloud ialah pelan sebuah bangunan apartmen yang dijangka siap dibina pada tahun 2015 di Yongsan , Korea Selatan. Ia merupakan dua menara yang berketinggian 260 dan 300 meter yang disambung dibagian tengah dengan struktur yang menyerupai awan. Struktur berbentuk awan ini akan dibina pada tingkat 26 dan menempatkan ruangan kegunaan komuniti seperti dek observasi, taman permainan , pusat perniagaan dan dewan serbaguna. Ini dalah awesome. 



Tuesday 27 November 2012

KANOPI PEJALAN KAKI BERBENTUK TELUR DI JERMAN

Kanopi pejalan kaki di bawah ialah kanopi pejalan kaki terbesar di dunia. Ianya terletak di Taman Negara Hutan Bavaria di Neuschonau Jerman. Ianya sebuah kanopi pejalan kaki berbentuk telur sepanjang 500 meter dan setinggi 44 meter. Pengunjunag hanya perlu membayar Euro 8 (RM 32) untuk menikmati pemandangan yang menarik dari walkway yang unik ini.



Lagi Gambar.. 




GITAR BOLEH LIPAT

This is cool. Masalah utama bila membawa guitar kemana-mana ialah ianya terlalu panjang. Guiyar dibawah mempunyai neck yang boleh dilpat kedalam badan dan seterusnya memudahkan ianya dibawa kemana-mana. Cool stuff. Ianya rekaan Shlomi Daniel danUri Nir





SEKOLAH BULUH DI BALI

Green School Ini ialah sebuah sekolah antarbangsa mesra alam yang terletak di Bali. Ianya berbeza dari kebanyakkan sekolah kerana ianya dibina menggunakan buluh. Bangunan sekolah, astaka dan jambatan yang menyambungkan sekolah dibina dari buluh yang di ambil dari kawasan berdekatan. Sistem kelas terbuka juga menurut pengasas Green School merapatkan lagi pelajar dengan alam sekitar mereka. Ini diharapkan akan membuatkan mereka lebih menghargai keindahan alam sekitar yang sedia ada.  




STESEN BOMBA DI DALAM GUNUNG DI ITALI

Jika anda membesar in the 80's, anda pasti pernah tengok kartun MASK. Dalam kartun ini ibu pejabat geng MASK dibina di tepi sebuah bukit yang diberi nama Boulder Hill. Di Margreid Itali, ada sebuah stesen bomba yang dibina di tepi bukit. Stesen bomba ini dibina didalam gua-gua yang sedia ada kerana tidak mahu menggunakan tanah yang lebih baik digunakan untuk tujuan pertanian.


KASUT TINGGI DIPERBUAT DARIPADA KAYU

Kasut unik yang anda lihat di bawah direka oleh Cat Potter, seorang pereka kasut yang berasal dari London England. Blok kayu diukir mengikut bentuk kaki manusia menggunakan mesin CnC. Dari luar kasut ini kelihatan seperti blok kayu. Tidak seperti kasut biasa, kasut ini "diikat" kepada kaki pemakai menggunakan engsel. Sangat cool tetapi kami pasti ini bukanlah kasut yang selesa untuk dipakai ketika berjalan.





Monday 26 November 2012

ARCA ZOMBIE MENGGUNAKAN LABU

Sempena Halloween tahun ini, pengukir labu terkenal dunia Ray Villafane menghasilkan arca Zombie berskala sebenar dengan menggunakan 3 labu gergasi. Groovy! This guy is truly talented!




PUSAT DATA GERGASI MILIK FACEBOOK

Semua laman web mempunyai pengkalan data mereka sendiri. Kami sangat cheapskate dan kami gunakan khidmat Blogger Google sahaja.  Yes we are so damn poor we don't even have money to have our own servers. Laman sesawang media sosial Facebook tak macam kami. Mereka kaya dan mempunyyai pusat data gergasi di Pinewood Oregon sebesar 10,00 meter persegi. Disinilah kesemua gambar duckface dan bayi anda yang no one give a crap disimpan. 






STADIUM NASIONAL SINGAPURA DENGAN KUBAH TERBESAR DUNIA

Pembinaan hub sukan Singapura tertangguh sejak beberapa tahun akibat kegawatan ekonomi dunia. Projek yang menelan belanja SGD 1.03 (RM 3.33 Billion) ini disambung semula dan dijangka siap pada tahun 2015. Di tengah-tengah hub sukan Singapura ini ialah Stadium Nasional Singapura yang baru. Ia mempunyai kapasiti 55 000 orang penonton. Stadium ini akan menjadi struktur berkubah terbesar dunia dengan atap yang boleh dibuka sepanjang sepanjang 20 000 meter persegi. Disamping Stadium Nasional, hub sukan ini akan menempatkan pusat akuatik dan sebuah stadium tertutup. 




MODEL COLOSSEUM DIPERBUAT DARI LEGO

Lego....... mungkin permainan plastik paling awesome dalam sejarah peradaban manusia. Aku mula main Lego sejak berumur 5 tahun. Bila dah remaja aku main Lego Technics. Good times! Kalau aku ada anak akan aku belikan dia Lego sebagai mainan. Tiada mainan lain kecuali Lego dan LASY.




FESTIVAL UKIRAN PASIR FIESA PORTUGAL

Festival Ukiran Pasir Antarabangsa Fiesa ialah festival ukiran pasir tahunan yang diadakan di Algarve Portugal. Festival ini mempamerkan ukiran pasir oleh pengukir fasil terkenal seluruh dunia dan berlangsung dari 25 Mei sehingga 25 October. Tema tahunannya berubah-berubah tetapi apa yang pasti kualiti ukiran yang dihangsilkan pasti awesome. Sebanyak 35 ribu tan pasir digunakan bagi menghasilkan ukiran tahun lalu. Siapa di Portugal jangan lepaskan peluang melihat sendiri ya!
istana pasir
istana pasir 2


Sunday 25 November 2012

RUMAH UFO NAOMI CAMPBELL


Sebelum ini ada dikongsikan mengenai Rumah Naomi Campbell Bentuk "All Seeing Eye" @ Egyptian eye
Mari kita lihat Billionwan terkenal Russia Vladislav Doronin mengarahkan firma terkenalZaha Hadid untuk membina rumah UFO di bawah untuk teman

BANGUNAN "TETRIS" DI KOREA SELATAN


Nampaknya sejak kebelakangan ini terdapat banyak projek pembinaan mega dilakukan di Korea Selatan.
sebelum ini sudah dikongsi mengenai kemegahan dubai , kastil tercantik di dunia dan china bina hotel 30 tingkat

PERTUNJUKAN FESYEN COKLAT SALON DU CHOCOLAT 2012


Salon Du Chocolat ialah pertunjukan coklat terbesar tahunan Eropah. Tahun ini ia diadakan dari 30 Oktober sehingga 4 November di Paris. Antara tarikan menarik Salon Du Chocolat ialah pertunjukan fesyen dengan pakaian yang dibuat

Gua Air Batu Di Iceland


Gambar gua air batu di Skaftafell, Iceland yang sungguh mengagumkan.

Lagi gambar di bawah

Istana Pasir 2


Pelbagai istana pasir yang menakjubkan. 
Bukan setakat istana pasir, dinosaur pasir pun ada.:)

Lagi gambar di bawah

VILLA ADASA : VILLA MEWAH DI BALI


Sememangnya setiap insan mahu chillax selepas bertungkus lumus mencari rezeki. Bila dah dapat pay off duit yang berjaya dikumpul digunakan untuk enjoice. Kami di Blogserius sudah mencapai tahap penat gila bekerja selama 7 hari seminggu selama 8 bulan. Kini kami ingin mencari a secluded place on earth untuk chill.

Istana Pasir


Istana pasir berevolusi. Kini bukan hanya bentuk bangunan.:)

lagi gambar.

Thursday 22 November 2012

APARTMENT DIHIAS MENGGUNAKAN BOLA PING PONG


Jika anda mahukan juga hiasan rumah yang bulat-bulat anda boleh tiru apa dilakukan oleh Daniel Ashram. Beliau menggunakan 25 000 bola pingpong sebagai hiasan dinding bilik sebesar 90 kaki persegi di Brooklyn. Awesome dan groovy.

Maldives, Antara Kepulauan Tercantik di Dunia.

Sebelum ini sudah dikongi mengenai 10 pulau tercantik di dunia.
Mari kita lihat Keindahan yang begitu mengasyikkan di Maldives.

Lagi gambar

STADIUM BRASILIA : SALAH SEBUAH STADIUM PAILA DUNIA 2014


Euro 2012 sudah selesai dengan Sepanyol menjadi negara pertama dalam sejarah memengangi 3 pertandingan bolasepak utama berturut-turut. Ini meletakkan pasukan Sepanyol sekarang sebagai pasukan bolasepak terbaik dalam sejarah bolasepak dunia mengalahkan Brazil 1970 yang mempunyai barisan pemain seperti Pele dan Socrates. Semua peminat bolasepak dunia kini menantikan temasya Piala Dunia 2014 pula yang akan dilangsungkan di Brazil. Kalau Sepanyol menang sekali lagi status mereka sebagai pasukan paling lagendary pasti tidak boleh dinafikan lagi.

BANGKOK : BILIK REKREASI MAHASISWA UNIVERSTI


Kolej ialah sebuah tempat yang boleh dikatakan boring. Ini barulah sebuah bilik rekreasi/student center yang cool. Korang boleh nampak betapa berbezanya rekaan dalaman bilik rekreasi universiti ini berbanding yang ada di hampir kesemua Uni di Malaysia. Ianya rekaan Supermachine Studio dan mempunyai keluasan lantai 1000 meter persegi. Mohon universiti di Malaysia lihat

HOTEL ARMANI DI MILAN


Nampaknya Georgio Armani sudah memasuki perniagaan perhotelan. Mungkin ini adalah salah satu cara syarikat pakaian mewah ini untuk menarik pelangan. Anyways Hotel Armani di Milan ini merupakan hotel pertama dimiliki oleh Georgio Armani. Setiap perincian hotel dari pemilihan fabrik, rekaan perbot dan juga hiasan dalaman dilakukan sendiri oleh pereka fesyen yang ternama ini. Hotel ini mempunyai 95 bilik dan

RUMAH KACA LUTSINAR


Santambrogio sebuah syarikat rekaan yang berpengkalan di Milan menghasilkan dua buah rumah kaca yang unik sebagai pembuktian konsep rumah kaca mampu dihasilkan. Rumah kaca tiga dan setingkat ini dibina hampir 100% menggunakan

PAMERAN POTRET 3D DI HANGZHOU


Sejak dua menjak ini lukisan ilusi optik 3D semakin mendapat perhatian. Oleh sebab itu sebuah pameran yang memaparkan lukisan Ilusi optik 3D diadakan diHongzhou, Provinsi Zheijiang China. Pameran ini memaparkan lukisan yang dihasilkan secara ekslusif oleh 15 artis Korea Selatan dan dipamerkan di Hangzhou Peace International Exhibition and Conference Centre. Sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...