Jejambat ialah antara struktur yang paling sadis di Malaysia. Orang Malaysia lebih sayangkan masa dari nyaway apabila melintas jalan mengakibatkan jejantas menjadi gajah putih yang didiami gelandangan dan peminta sedekah. Jejantas paling mahal di Malaysia terletak di Kuala Lumpur dan ianya dilengkapi sistem penghawa dingin. Namun begitu masih ada yang tak mahu guna dan to be honest rekaan jejantas berhawa dingin itu amat generik.
Di Sekolah Plashet yang terletak di Timur London terdapat sebuah jejantas pejalan kaki yang cool. Ianya dibina bagi menyambungkan dua bangunan sekolah yang dipisahkan oleh sebuah jalan raya yang sesak. Bagi memastikan keselamatan para pelajar, jejantas di bawah dibina pada tahun2000 dengan kos GBP 560 000 (RM 2.8 Juta) . Bahagian bumbung jejantas dilitupi kanvas dan pada bahagian tengah terdapat tempat berehat yang memeberikan pemandangan jalan raya di bawah. Cool! Keselamatan pelajar harus diutamakan. Diharap di Plashet pelajar mencintai nyaway dan menggunakan jejantas ini. Kalau tidak membazir sahaja buat mahal-mahal!
Laporan asal HappyPontist
Laporan asal HappyPontist
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.