Thursday, 29 November 2012

TIETGENKOLLEGIET : ASRAMA PELAJAR PALING COOL DI DEMARK

Tietgenkollegiet (Dewan Pelahar Tietgen) ialah sebuah asrama yang terletak diCopenhagen Denmark. Ianya dibina sebagai tempat kediaman pelajar universiti dari sekitar Copenhagen. Berbeza dari asrama biasa, Tietgenkollegiet dibina dalam bentuk bulat bagi menggalakkan interaksi sesama pelajar dari pelbagai latar belakang serta institusi pendidikan berbeza. Ianya dibina pada tahun 2006 dan direka oleh firma Lundgaard and Tranberg. Tietgenkollegiet mendapat inspirasi dari rumah kediaman komuniti yang digunakan oleh etnikHakka di China.






Di dalam bangunan 7 tingkat ini segala keperluan pelajar disediakan bagi memberikan persekitaran yang kondusif untuk pelajar. Tidak macam asrama pelajar yang ada di Malaysia yang seakan-akan rumah flat tahun 70-an! Sebanyak 360 buah bilik disediakan dan kerana kepopularannya dikalangan pelajar, setiap pemohon yang mahu tinggal akan ditemuramah terlebih dahulu. Penyewa di Tietgenkollegiet harus mempunyai semangat komuniti yang tinggi. Kalau jenis duduk bilik main DOTA dan tidak mahu contribute to society jangan harap dapat tinggal di Tietgenkollegiet. Very nice!







Laporan asal TietgenKollegiet via Inhabitat

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...