Sumbangan RAKYAT MALAYSIA dan masyarakat antarabangsa ke tabung A2G Emergency Relief Aqsa Syarif kini terus disalurkan ke GAZA. Pusat memasak makanan (nasi maklubah) di Jabalia City, Gaza terus beroperasi menyediakan makanan panas untuk diedar kepada mangsa-mangsa seragan rejim zionis Israel. Para sukarelawan Aqsa Syarif di Gaza terus
mengumpul data mangsa dan terus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa. Lori dan van digunakan untuk mengangkut bungkusan nasi-nasi panas di rumah-rumah dan hospital-hospital. Tahniah rakyat Malaysia dan teruskan menyumbang. Keprihatinan sangat-sangat dihargai.
malaysia memang pemurah.....
ReplyDelete