Thursday 29 November 2012

JABAL OMAR : SATU LAGI PROJEK MEGA KOTA MEKAH

Projek Jabal Omar ialah satu lagi projek pembangunan mega yang sedang dijalankan di Kota Mekah. Ianya projek pembinaan tempat kediaman, hotel serta ruang perniagaan berhampiran Masjidil Haram. Apabila siap kelak ia boleh menempatkan 45 000 jemaah pada satu-satu masa. Projek ini sudah dalam perancangan sejak 1989 lagi. Syarikat rekaan Ateliers Lion Architectes Urbanistes dari Perancis memengangi pertandingan bagi mereka hutan konkrit terbaru ini. 





Kawasan pembinaan Jabal Omar sebesar 230 000 meter persegi ini akan menempatkan 37 menara termasuk sebuah menara berkembar akan dibina dengan kos sekitar RM 14 billion. Apalah pendapat anda tentang projek mega ini? Bangga? Sedih? Indifferent?

Kami di Blogserius tak peduli langsung kerana at the end of the day kami miskin dan tak akan mampu duduk di dalam hotel mewah ini jika kami menunaikan haji. Semua projek mewah ini dibina bagi menampung keperluan golongan kaya Yizlumik.




Laporan asal World Arts

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...