Thursday 22 November 2012

EARTH HOUSE LÄTTENSTRASSE : RUMAH TELETUBBIES EDISI SEBENAR




Rancangan kanak-kanak BBC Teletubbies sangat popular di kalangan kanak-kanak sekitar 1997-2001. Dalam masa empat tahun Tinky Winky, Dipsy. Lala dan Po ialah watak yang popular seakan Upin dan Ipin skarang. Perkara yang menarik tentang siri ini ialah empat watak utamanya tidak bercakap menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya bercakap seakan-akan bayi. Sebab itulah ianya sangat menarik minat budak preschool yang masih belum petah bercakap.

Kami minat menonton Teletubbies dahulu terutamanya ketika high, Groovy gila dan sangat mendambakan rumah bawah tanah mereka yang cool. Tapi tahukah anda rumah

bawah tanah sebegini sudah wujud? 

Earth House Estate Lättenstrasse ialah kawasan perumahan yang dibina di Dietikon Switzerland. Ianya direka oleh Peter Vetsch sebagai alternatif kepada rumah yang sedia ada. Rumah ala teletubbies ini lebih menjimatkan tenaga elektrik terutamanya ketika musim sejuk. Masalah utamanya hanya ianya lebih mahal untuk dibina kerana menggunakan konkrit yang disembur dan memerlukan penebat yang elok semasa pembinaannya.Rangka rumah terlebih dahulu "dianyam" menggunakan besi dan konkrit disembur pada kerangka besi ini. Kemudia salutan polyurathane diletakkan sebagai penebat haba dan kelembapan. Kerana kos yang tinggi inilah rumah sebegini tidak popular pembinaannya.

Shame.... pasal ianya sangat groovy! Di Malaysia rumah sebegini pastinya cool dibina tetapi kalau banjir melanda terus menangis......



Laporan asal BestHouseDesign

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...