Thursday, 22 November 2012

KAPAL SELAM KELAS ASTUTE : KAPAL SELAM TERBAIK DUNIA


Kapal selam nuklear dari kelas Astute milik Tentera Laut Diraja Britain kini adalah kapal selam paling canggih di dunia. Sebanyak 7 buah kapal selam ini akan dibina bagi menggantikan kapal selam kelas Trafalgar yang sudah beroperasi sejak 1977 bagi menangani kapal selam Soviet ketika Perang Dingin. Buat masa ini dua buahkapal selam kelas Astute, HMS Astute dan HMS Ambush sudah dibina dan kini menunggu masa untuk memasuki inventori Royal Navy. Kapal selam ini sepanjang 96 meter, selebar 11.3 meter dan setinggi bangunan 12 tingkat! Ia mampu beroperasi selama 
25 tahun tanpa perlu mengisi semula bahan api nuklearnya. Selain itu ia mampu bergerak pada kelajuan 29 knot ketika menyelam. Harga sebuah kapal selam ini ialah GBP 1 Billion (RM 4.9 Billion) dan sebanyak 20 juta man hours dihabiskan untuk menjadikan projek kapal selam generasi terbaru ini sebuah realiti

Ianya juga menurut BAE Systems, pembina kapal selam ini - kapal selam paling senyap pernah dicipta dan mampu menyelam sehingga 300 meter. BAE Systems mendakwa 38 000 panel akustik getah yang dipasang pada badan kapal selam ini memastikan ia hanya sebising seekor anak ikan Dolphin ketika beroperasi. Tambah mengangumkan kapal selam kelas Astute boleh mengesan bunyi sebuah kapal di Pelabuhan New York walaupun ia sedang berlabuh di Selat Inggeris! Sistem peluru berpandu Tomahawk yang dibawanya pula boleh menyerang mana-mana sasaran dari jarak 1930 Kilometer! Teknoiogi periskop Photonics juga dipasang. Periskop Photonic berbeza dari periskop biasa kerana ianya 100% digital. Gambar permukaan laut diambil dalam resolusi HD serta lebih mudah diproses untuk mengesan lokasi musuh berbanding periskop optikal yang digunakan untuk sekian sejak turun temurun.
Sangat impresif tapi kita sedia maklum a good ship is only as good as it's crew.








Laporan asal Wikipedia
Gambar BAE System dan The Mirror

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...