Thursday 29 November 2012

HOTEL RYUGYONG AKHIRNYA BAKAL SIAP SELEPAS 16 TAHUN TERBENGKALAI

Hotel Ryugyong ialah sebuah hotel yang dibina Kim Il Sung sebagai bukti Korea Utara lebih bagus dari Korea Selatan. Mula dibina pada tahun 1986 ianya sepatutnya dibuka pada tahun 1989 tetapi selepas mengalami beberapa penangguhan ianya bakal siap menjelang 2012. Ianya bakal dibuka sempena hari jadi Presiden Kekal Abadi Kim Il Sung ke 100.






 Hotel Ryugyong sebenarnya ialah projek keegoan kerajaan komunis Korea Utara yang pada ketika itu jeles tahap gaban dengan kejayaan syarikat Korea Selatan SsangYong menyiapkanHotel Stamford Raffles di Singapura pada tahun 1986. Hotel tersebut ialah pemegang rekod hotel tertinggi dunia pada ketika itu. Hotel Ryungyong ialah the equivalent of zakar Korea Utara lebih besar dari zakar Korea Selatan. Korea Utara tanpa berfikir panjang membina hotel yang mempunyai ketinggian 105 tingkat ini. Masalahnya pada ketika itu keadaan ekonomi Korea Utara dalam keadaan nazak dan akibatnya pada tahun 1992 pembinaan terhenti. Kesatuan Soviet yang bubar mengejut pada tahun 1991 tidak lagi memberi dana kepada negara "persaudaraan Komunis"mereka. Maka Ryugyong menjadi bisul gergasi yang memalukan Kil Il Sung dan Kim Jong Il. Jika gambar Pyongyang diambil, Ryugyong akan dipadamkan. Sampai begitu sekali.


Pembinaan hanya disambung semula pada tahun 2008 oleh sebuah firma dari Mesir. Julai lalu pemasangan cermin luaran Ryugyong akhirnya siap. Kini tinggal proses menyiapkan bahagian dalaman hotel sebanyak 3000 bilik ini. Apabila siap kelak ia akan menempatkan pusat beli belah, hotel berpusing, kasino dan rumah mandi Jepun. I find this both funny and sad. Funny pasal walaupun negara komunis tegar anti Jepun, Ryogyong masih menempatkan benda yang sangat kapitalis. Sedih kerana diakatakan USD2 billlion dibelanjakan bagi menyiapkan Ryogyong. Ini ialah wang yang sepatutnya diberikana kepada rakyat Korea Utara yang makan tak cukup. Sad! HailCOMMUNISM?




Laporan asal Pic2Fly

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...