Di Kazakhstan terdapat perkhidmatan hospital bergerak yang menjelajah seluruh negara dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat luar bandar. Perkhidmatan hospital bergerak ini dimulakan pada tahun 2010 dan berfungsi selama 11 bulan setahun. Di seluruh Kazakhstan terdapat 3 set hospital keretapi sebegini. Setiap hospital terdiri dari 8 gerabak dimana 4 daripadanya menjadi hospital dengan 17 bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan.
Terdapat kelengkapan X-ray, pembedahan kecil dan juga klinik gigi di dalam hospital ini.Dua gerabak lagi menjadi tempat tinggal , sebuah gerabak ruang makan dan sebuah gerabak generator elektrik. Pekerja hospital bergerak ini digantikan setiap dua minggu.
Kami tak pasti sama ada di Malaysia terdapat hospital keretapai sebegaini. Yang pasti semasa kami kecil ada klinik gigi bergerak di sekolah.
Laporan asal VoxPopuli
Laporan asal VoxPopuli
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.