HavvAda ialah sebuah konsep bandar dalam gunung buatan manusia yang dibina berhampiran Istanbul.Ianya visi jurubina Dror Benshetrit. Projek ini cuba dihidupkan kembali oleh Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan. Kerajaan turki sudah lama mahu membina sebuah terusan yang menyambungkan Laut Marmara dan Laut Hitam bagi mengurangkan kesesakan pada Selat Bosphorous. Pembinaan terusan akan
mengakibatkan 1 000 000 000 meter padu tanah dikorek dan kerajaan Turki tidak mempunyai ruang untuk menempatkannya.
HavvAda cuba menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan tanah yang dikorek sebagai asas pembinaanya .Ianya sebuah pulau gergasi binaan manusia yang didalamnya di bina sebuah bandar yang mampu menempatkan 30 000 orang penduduk. Kota bawah tanah dibina dibawah enam kubah geodesik yang berbentuk seperti gunung dari pandangan jauh.
Laporan asal Inhabitat
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.