Tuesday 21 May 2013

PEMBANGUNAN SEMULA STESEN JANAKUASA BATTERSEA OLEH SIME DARBY


Stesen janakuasa Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di kota London. Ia digunakan sebagai set filemBatman Returns dan Aliens serta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini ditutup kerana
kos penyelenggaraan dan tinggi serta generator yang tidak lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Selepas penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu syarikat Sime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta ( RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka. 

Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan digangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017

Nampak nice!




Laporan asal Mirror

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...