Tuesday 21 May 2013

KONSEP LAMPU FUTURISTIK OLEH AUDI


Audi ialah syarikat kenderaan yang mempopularkan penggunaan daylight running lights pada kenderaan buatan mereka. Nampaknya Audi mahu memulakn trend baru dengan konsep lampu kenderaan futuristik mereka. Kini kita boleh lihat banyak syarikat lain seperti Volkswagen contohnya meletakkan rampu siang hari pada kenderaan mereka.  Audi merasakan kenderaan masa hadapan memerlukan lampu yang lebih
besar yang boleh meningkatkan keselamatan. Tiada lagi alasan anda tidak perasan kenderaan di depan anda menggunakan isyarat membelok ketika memasuki simpang. Sebagai contoh lampu isyarat membelok diletakkan pada keseluruhan tepi kenderaan.  Selain itu lampu brek menyala mengikut betapa kuat anda menekan brek bagi membolehkan anda meneka berapa banyak tekanan yang harus anda lakukan untuk membrek. Leser pada lampu belakang pula menunjukkan jarak minimum yang perlu anda patuhi ketika mengekori.  



Laporan asal DesignBoom

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...