Thursday, 16 May 2013

PLYMOUTH : BANDAR YANG MUSNAH DITIMBUS LAHAR GUNUNG BERAPI


Di Itali anda boleh melihat Pompeii, sebuah bandar zaman ROM yang musnah akibat ledakan Gunung Versuvius pada tahun 79 masehi. Anda boleh melihat plaster cast penduduk Pompeii yang tidak sempat melarikan diri dari aliran pairoklastik Versuvius. Bandar Pompeii terpelihara rapi dan ianya memberikan kita gambaran kehidupan
penduduk zaman Rom.

Tahukah anda terdapat versi moden untuk Pompeii yang terletak di Pulau Montserrat. Pada tahun 1995 Bukit Soufrière meledak selepas dorman selama ratusan tahun. Akibatnya sebahagian besar Plymouth, ibu negara Montserrat ditimbus oleh lahar dan debu gunung berapi. Ribuan penduduk Plymouth kehilangan tempat tinggal dan bandar ini sendiri ditimbusi lahar sedalam 40 kaki! Bandar Plymouth masih belum boleh didiami semula kerata gunung berapi yang masih lagi meletus sehingga sekarang. 




Laporan asal Kuriositas

1 comment:

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...