Tuesday, 21 May 2013

RIBUAN BANGKAI BABI DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI SHANGHAI


Ribuan bangkai babi ditemui terapung di dalam Sungai Huangpu berhampiran Shanghai. Sebanyak 2800 bangkai sudah dibawa keluar dari permukaan sungai dan laporan autopsi mendapati babi-babi ini mati akibat jangkitan virus Lambakan bangkai babi ini menaikkan kemarahan orang ramai yang kini bimbang air minuman mereka juga tercemar dengan virus babi. Mengikut undang-undang tempatan, babi yang mati akibat
jangkitan virus harus dibakar bangkainya. Bangkai babi ini dipercayai dicampak ke dalam sungai berikutan tindakan pihak berkuasa menyerbu premis gudang simpanan daging yang dipercayai menjual daging babi yang tercemar. Tetapi terdapat penternak babi yang cuba mengaut untung secara haram dengan menjual bangkai babi melalui pasaran gelap.  Pihak kerajaan walaubagaimanapun mengesyorkan orang ramai bahawa air minuman mereka masih lagi bebas dari pencemaran dan selamat untuk diminum. 



Laporan asal Mirror

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...