Friday, 17 May 2013

K1 DAN K2 BLACK PANTHER : KERETA KEBAL UTAMA KOREA SELATAN

K1 ialah kereta kebal buatan Korea Selatan yang dibina berasaskan rekaan M1A1 Abrams. Ia mula dihasilkan pada tahun 1985 bagi menggantika kereta kebal M48 Patton yang sudah ketinggalan zaman. Pada awalnya Korea Selatan bercadang untuk membeli sahaja M1A1 milik Amerika Syarikat tetapi mereka menyedari Abrams asas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan ketenteraan Korea Selatan. Oleh itu seperti negara Israel, Korea Selatan meminjam rekaan yang sedia ada dan melakukan penaik tarafan bagi menghasilkan kereta kebal yang lebih sesuai untuk penggunaan tempatan.


Sistem suspensi baru diletakkan pada K1 bagi membolehkan ia berfungsi diatas permukaan bumi korea yang berbukit bukau. K1 juga bolehmenyelamdi dalam air sekiranya sistem snorkel dipasangkan pada bahagian atapnya. Fungsi ini tidak ada pada M1A1. Syarikat Hyundai Rotem ditugaskan membina kereta kebal K1 sementaraSamsung pula membangunkan perisian elektronik untuk

sistem komunikasi dan persenjataan. Pada tahun  1999 model baru K1A1 pula dihasilkan dengan beberapa penambah baikkan seperti sistem komunikasi berangkaian dan sistem bidikan laser terkini.Setakat ini sebanyak 1511 buah K1 dan K1A1 sudah dihasilkan dan ianya bersedia untuk menjadi benteng pertahanan Korea Selatan sekiranya perang Korea bersambung semula. 

Tahukah anda pada tahun 1997, Korea Selatan menawarkan 204 K1-M kepada Malaysia sebagai pengganti kereta kebal ringan FV101 Scorpion yang digunakan ATM? Malaysia menolak tawaran ini kerana jumlah tawaran yang terlalu besar dan berat K1M yang tidak bersesuaian dengan kehendak Malaysia. 


Pada tahun 2007 kereta kebal K2 Black Pather pula mula digunakan. Ianya penaiktarafan keatas model K1A1 yang sedia ada. Ia direka untuk mempunyai laras meriam sebesar 140 mm. Laras meriam utama kebanyakkan kereta kebal yang sedia ada adalah 120mm. Tetapi ketika rekaan dilakukan mereka meyedari laras 120 mm yang sedia ada sudah cukup memandai untuk menusnahkan kereta kebal yang digunakan Korea Utara. Sungguhpun begitu K2 Black Panther boleh menggunakan laras 140 dimasa hadapan sekiranya perlu. 


Jadi inilah dia dua kereta kebal utama Korea Selatan yang dibina dengan menggunakan kepakaran tempatan. Dibina oleh Hyundai Rotem dan Samsung! 





Gambar dari The Brigade

1 comment:

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...