Sejak bernikah dengan Miss Mean aku menjadi seorang Beach Bum. Miss Mean seorang beach bunny dan beliau sering ajak aku pergi holiday and get away dari blogging. Masalahnya setiap tempat yang kami pergi ada WIFI dan aku bekerja walaupun ketika becuto. Misool Eco Resort ialah sebuah pusat peranginan yang mungkin harus aku pergi untuk melarikan
diri dari pencemaran dunia dan masalah kerja. Ianya terletak di Raja Ampat Indonesia, berhampiran Papua New Guinea dan ini memastikan ianya jauh dari tamadun manusia. Di sini tiada Wifi, TV maupun telefon. Didalam bilik hanya ada tempat berehat untuk anda chill dan melupakan dunia. Misool Eco Resort juga sebuah pusat peranginan mesra alam. Setiap chalet dibina dari kayu yang hanyut (drift wood) dan tidak ditebang. Sistem kumbahannya juga ditapis bagi memastikan persekitaran resort tidak tercemar.
Anda boleh menyelam bersama jerung, ikan pari gergasi dan penyu straight dari verandah chalet anda. Pada satu-satu masa jumlah tetamu dihadkan kepada 40 orang sahaja untuk memastikan ketenteraman dijaga. Harga penginapan bermula dari EURO 2000 seorang untuk 7 hari 6 malam. Sounds like a good place. Kena simpan duit sekarang dan ajak Miss Mean pergi sini untuk first year anniversary kahwin! Huzzah!
Laporan asal TripAdvisor
Today, I went to the beach with my kids. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter
ReplyDeleteand said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She placed the shell to her ear and screamed.
There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
She never wants to go back! LoL I know this
is entirely off topic but I had to tell someone!
Also visit my web site ... seo Services Pricing