Friday, 28 December 2012

CANTON TOWER : BANGUNAN TERTINGGI DI CHINA


Jika tadi kami paparkan rekaan Great Tower of London yang gagal, kali ini biar kami paparkan Canton Tower yang berjaya dibina dan kini menjadi bangunan tertinggi di China. Terletak di muara Sungai Mutiara Guanghou, Canton Tower berdiri setinggi 600 meterdan dengan mudah memintas Shanghai World Financial Center yang hanya berketinggian 492 meter. Sebagai perbandingan Menara Kuala Lumpur hanya mempunyai ketinggian maksimum421 meter. 

Canton Tower mula dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Rekabentuk menara ini berbeza dari menara-menara yang lain kerana bahagian luarannya diperbuat daripada besi. Selalunya menara telekomunikasi tinggi (Seperti KL Tower dan CN Tower) dibina sepenuhnya dengan menggunakan konkrit. Rekebentuk unik menara ini diilhamkan oleh scaffolding buluh yang digunakan dalam pembinaan bangunan di

negara China. Selain dek observasi yang memberikan pemandangan sekitar Guangzhou, terdapat juga pod kecil yang boleh anda naiki di atas atap menara. Macam Ferris Wheel tetapi versi mendatar. Pasti bukan untuk manusia gayat macam Miss Mean! :P





Laporam asal Skyscraper city

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...