Dubai Metro ialah sistem pengangkutan keretapi awam tanpa pemandu terpanjang dan tercanggih di dunia. Ianya mula dibuka pada 9 September 2009 pada jam 9.09 minit malam oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sistem keretapi sepanjang 74.6 kilometer ini mengandungi 43 buah stesen didalam 2 laluan utama ialah Red dan Green line. Setakat ini USD 7.6 Billion (RM 22.8 Billion)sudah dibelanjakan untuk sistem rel kegunaan awam pertama di tanah Arab ini.
Berlainan dengan sistem kereta awam biasa, Dubai Metro mempunyai gerabak yang dibahagikan kepada tiga kelas. Silver Class ialah untuk warga marhaen, Kelas Wanita dan Kanak-kanak dan Gold Class. Jika anda membeli tiket Gold Class anda membayar harga tiket dua kali ganda dari biasa. Beza Gold Class dengan Silver Class ialah gerabaknya lebih mewah, kurang sesak dengan penumpang lain dan anda boleh melihat pemandangan dari hadapan gerabak. Dengan kata lain pemandangan hadapan yang kita nikmati di dalam Putra MRT perlu dibayar dengan harga premium bila menaiki Dubai Metro. Sistem Dubai Metro dilengkapi dengan 87 keretapi 5 gerabak yang mampu membawa 643 orang penumpang pada satu-satu masa pada kelajuan maksimum 90 kMj.
Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Dubai bercadang menambah dua lagi laluan yang akan menyambungkan Lapangan Terbang Al Makhtoum serta Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Sepatutnya dua laluan ini sudah siap dibina tahun lalu tetapi kerana kegawatan ekonomi pembinaanya dihentikan buat sementara waktu.
Nampaknya stesen dan keretapi Dubai Metro memang mewah. Kita berharap sistemMRT Kuala Lumpur kelak akan menjadi sebagus Dubai Metro. Tak perlu mewah dan GOLD CLASS pun tak apa asalkan dapat memenuhi frekuensi 6 minit setiap tren seperti di Dubai sudah memandai!
Laporan asal IziSmile

No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.