Hoverkraf dari kelas Zubr (Bison) ialah hoverkaf terbesar dunia. Ianya dibina di Ukraine ketika mereka masih lagi di dalam kesatuan Soviet semenjak 1988. Hoverkraf ini mempunyai panjang 57 meter dan 25.6 meter lebar. Ia mampu membawa 500 orang askar atau 3 kereta kebal utama dengan berat maksimum 156 tan. Untuk menggerakkan kapal
gergasi ini, ia dilengkapi 5 buah enjin yang setiap satunya mempunyai 11 836 kuasa kuda! Kapal ini mampu bergerak pada kelajuan 55 knot dengan jarak operasi 300 batu nautika. Setakat ini 9 buah Zubr sudah dibina dan digunakan oleh tentera laut Ukraine, Russia, Greece dan China. Keistimewaan Zubr ialah kokpit uatam dan kargonya kedap udara dan ini membuatkanya selamat apabila diserang menggunakan gas saraf. Tidak seperti kebanyakkan kenderaan ear Soviet, Zubr dilengkapi sistem penghawa dingin dan pemanas untuk keselesaan penumpangnya. Bad ass! Now please kalau buat the next Red Alert game please let this be one of the Russian unit.
Gambar The Brigade
Informasi Wikipedia
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.