Thursday 13 December 2012

FSF-1 SEA FIGHTER : PROTOTAIP KAPAL PERANG MASA HADAPAN?


FSF-1 Sea Fighter ialah sebuha kapal perang prototaip yang direka bagi menguji kemampuan kapal jenis katamaran menjadi kapal perang masa hadapan milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Projek FSF sudah beroperasi sejak2003 dan jika ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan positif, kapal berkonfigurasi FSF bagi menggantikan kapal jenis Destroyer yang diguna pakai sekarang. Binaan catamaran dipilih kerana didapati lebih efektik digunakan ketika laut

bergelora disamping mempunyai pekali geseran yang lebih rendah untuk kapal konvensional bersaiz serupa. Dalam ujian yang dijalankan FSF-1 mampu bergerak hingga kelajuan 50 knot (90 kmj) berbanding hanya 30 knot (56 kmj) untukkapal pemusnah kelas Arleigh Burke sekarang. 
Tidak seperti kapal perang konvensional yang lain, bahagian dalam kapal FSF boleh ditukar ganti mengikut keperluan misi. Bahagian dalamnya boleh diisikan dengan komponen perang elektronik, pelancaran misil ataupun sebagai pelancar kapal kecil. Rekabentuk dalaman boleh ubah ini mejadikannya lebih versetil dan mudah diberi penaiktarafan untuk masa hadapan. Geladak atasnya yang rata juga boleh menjadi tempat mendarat dua buah helikopter berbanding hanya satu pada kapal pemusnah biasa. Disamping itu rekaan rata kapal ini juga menyukarkan pengesanan menggunakan radar. Adakah rekaan FSF akan benar-benar menjadi rekabentuk masa hadapan? Kita hanya perlu tunggu dan lihat.


Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

1 comment:

  1. I think this is one of the most vital information for me.

    And i'm glad reading your article. But should remark on some general things, The web site style is great, the articles is really excellent : D. Good job, cheers
    My page seo company miami

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...