Saturday 16 March 2013

TEKA APAKAH DI DALAM PERUT WANITA INI?

Cepat teka............ apakah yang tersembunyi dalam perut Jamie Hilton(36). bekas Mrs Idaho 2009 ini. Siapa dapat teka memang power. 

Ianya sebahagian tenkorak kepala beliau. Jamie, ibu kepada tiga orang anak ini mengalami kecederaan teruk pada kepala beliau setelah terjatuh dari ketinggian 12 kaki Jun lalu. Apabila tiba di hospital doktor mendapati otak beliau mula membengkak dan bagi mengurangkan tekanan di dalam tengkorak, 25% tengkorak kepala beliau dibuang. Sementara menunggu otak Jamie kembali normal, bahagian tengkorak beliau disimpan di bahagian abdomen selama 42 hari bagi memastikan ianya boleh
disambungkan semula. Sepanjang tempoh tersebut Jamie terpaksa memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan pada kepala beliau. 

Ogos lalu bahagian tengkorak Jamie dikembalikan semula ke bahagian kepala. Beliu kini kembali bekerja tetapi dengan satu kesan sampingan dimana deria rasa dan bau beliau kini masih belum pulih sepenuhnya. Diharap Jamie dapat kembali normal selepas ini. 


Laporan asal Jamiehilton via IO9

2 comments:

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...