Monday 4 March 2013

KAPAL PEMECAH AIS TERBESAR DUNIA



Dibawah ialah gambar-gambar kapal pemecah ais dari Kelas Arktika milik Russia.Mula dibina pada sejak tahun 1975, sebanyak 8 buah kapal pemecah ais sebegini dibina bagi tujuan saintifik dan membuka laluan perkapalan ke Siberia. Kapal pemecah ais kelas Arktika ini istimewa kerana ianya menggunakan tenaga nuklear dan juga merupakan kapal pemecah ais terbesar didunia. NS Arktika, kapal pertama didalam kelas ini juga merupakan kapal permukaan (surface ship) pertama yang berjaya tiba di Kutub Utara pada tahun 1977.

Mengapakah kapal khas pemecah ais diperlukan? Ketika musim sejuk ais di lautan utara boleh mencapai ketebalan sehingga 2 meter! Kapal konvensional biasa pasti akan terperangkap kerana tidak mampu meloloskan diri dari kepungan ais. Kapal pemecam ais kelas Arktika ini dibina dengan dua lapisan badan. Lapisan pertama setebal

48 milimeter yang tidak mudah dirobek seperti badanTitanic bila melanggar ais. Uniknya kapal kelas Arktika ini ialah ia boleh memecahkan ais ketika bergerak kedepan maupun kebelakang pada kelajuan 19 kilometer sejam. Kerana ianya menggunakan tenaga nuklear, kapal ini mampu beroperasi selama 4 tahun tanpa perlu mengisi bahan api. Untuk tujuan keselamatan kapal ini mempunyai dua reaktor nuklear. Jika salah satunya rosak reaktor back up boleh dihidupkan dan menghasilkan sehingga 75 000 kuasa kudakepada 3 kipas gergasi di buritan kapal. The only kelemahan yang ada pada kapal ini ialah ianya hanya boleh beroperasi di lautan sejuk. Ini adalah kerana sistem penyejuk reaktor kapal ini memerlukan air sejuk tahap beku untuk memastikan ia tidak akan menjadi Chernobyl atauFukushima diatas lautan.





Laporan asal TheBrigade

2 comments:

  1. awesome..Nice admin page ni kongsi bende2 yg berfaedah.. :) Harap berikan sokongan pada kami dengan search video kami di ( Youtube:S8Dreamers )

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...