Sunday, 24 March 2013

ROLLING MASTERPLAN : RUMAH MUDAH ALIH NORWAY

Åndalsnes ialah kawasan pelancongan di Norway yang terkenal dengan pemandangan yang cantik. Masalah yang ada sekarang ialah jika kawasan ini dimajukan pemandangan yang cantik yang sedia ada mungkin akan dicemari. Penyelesaian diperlukan bagi mengimbangi keperluan industri pelancongan dan mengekalkan keindahan alam sekitar. Firma senibina Jägnefält Milton menghasilkan konsep pusat peranginan bergerak yang mereka rasakan dapat memenuhi keperluan di atas.

Mereka mendapati kawasan sekitar Åndalsnes sudahpun mempunyai rangkaian trek keretapi. Dengan membina bangunan diatas trek keretapi, bangunan ini dapat digerakkan ke kawasan yang menjadi tarikan pelancong. Apabila tiba musim puncak, unit-unit bangunan boleh disabungkan menjadi hotel atau

kabin yang disewa pelancong. Apabila tiba musim sejuk di mana jumlah pelancong berkurangan binaan sementara ini dapat dipindahkan dan kawasan ini dapat dikembalikan kepada keadaan asal. Masalah resort bankrap dan kemudian terbuar tudak akan menjadi masalah.

Idea ini amat gila tetapi ianya menarik. Di Malaysia banyak kawasan pelancongan yang indah tercemar kerana pembinaan resort yang tidak mengendahkan kesan terhadap alam sekitar.


Laporan asal FastCo

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...