Sunday, 3 March 2013

BERIEV BE-200 ALTAIR : PESAWAT JET AMFIBIA



Hari ini mari kita lihat Beriev Be-200 Altair pesawat dua alam berkuasa jet yang mampu mendarat diatas air dan darat. Pesawat ini kini digunakan di Russia sebagai pesawat pemadan api. Altair memulakan hidupnya sebagai A-40 Albatross, sebuah pesawat rondaan maritim dan anti kapal selam Tentera Laut Russia. Altair ialah versi kegunaan orang awam Albatross. Altair mampu menampung 12 tan air didalam 8 tangki untuk tugas memadam api. Air dalam simpanan boleh dibuang sekaligus atau secara berperingkat.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2001 , Altair sudah terlibat dalam beberapa operasi pemadaman api seluruh Eropah dan Israel.Dua buah pesawat Altair juga

disewa oleh kerajaan Indonesia bagi tujuan memadam api pada tahun 2006. Dengan dua enjin jet, Altair mampu membawa lebih banyak air didalam tangki dan berfungsi lebih pantas dari pesawat pemadan kebakaran lain yang masih menggunakan enjin turboprop. Jika anda suka pesawat ini dan mahu memilikinya sila kumpul USD 40 Juta dan jangan lupa ajak aku sekali untik joyride!





Laporan asal Wikipedia 
Gambar RussPhoto

1 comment:


  1. http://e-redstar.net/index.php?route=common/home
    Here you can find a very rare PDF comparative study of the two firefighters Canadair and Beriev-200.
    This 50 page product, has been writen by Constantinos Panitsidis, who has graduated from the Kiev
    International University of Civil Aviation as an Aircraft and Aeroengines Maintenance Mechanical
    Engineer and it costs only 3 euros!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...