Friday 1 March 2013

STESEN KERETAPI DI QUEBEC UNIK



Ini ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Petite-Rivière-St-François, Quebec Kanada. Ianya diperbuat dari kayu dan bersebalah dengan stesen ini terdapat sebuah stesen kereta kebel. Stesen keretapi Le Massif de Charlevoix ini dibina bagi memudahkan pelancong pergi melawat pergunungan Le Massif de Charlevoix. Bagi mengurangkan impak terhadap kawasan persekitaran, kayu kayan dari
kawasan sekitar diambil untuk pembinaan. Very nice. Stesen keretapi ini simple dan kemas. Mungkin kerana ia tidak dibanjiri poster Janji Ditepati.



Laporan asal ArchDaily

2 comments:

  1. Rekaan yang ringkas,mesra alam amat sesuai dengan kesemulajadian persekitaran.Binaan berasaskan kayu menyerlahkan suasana kedesaan gaya Eropah yang mencetuskan kesegaran mata dan minda.Ironisnya negara negara Asia yang kaya dengan sumber kayu lebih cenderung membina bangunan mereka menggunakan bahan bahan berasaskan batu,kaca dan logam.Resort dan chalet berasaskan kayu terhad di kawasan peranginan dan pelancongan sahaja.Negara Asia seperti Dubai,China,Taiwan dan Malaysia ghairah membina pencakar langit pelbagai bentuk,gah dan menakjubkan tetapi lesu dan jemu kerana elemen dan aura alam semulajadi sangat minima.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...