Friday, 1 March 2013

"PERPUSTAKAAN" STARBUCKS DI JEPUN


Di Tokyo sebuah kedai kopi Starbucks sementara dibuka dengan konsep"Perpustakaan Starbucks". Kedai Starbucks ini dibuka selama 3 minggu bulan lalu dan rekaan dalamnya kelihatan seperti sebuah kedai buku. Rak-rak buku di dalam Starbucks ini diiskan dengan buku berkenaan jenis-jenis kopi yang dijual di kedai Starbucks. Pelanggan akan datang ke kedai ini dan memilih buku berkenaan jenis kopi yang mahu mereka minum. Buku ini kemudian diserahkan di kaunter "pustakawan" yang kemudian menggantikan buku tadi dengan kopi sebenar. Isi dalaman buku tersebut kemudian digunakan untuk
membalut bekas minuman mereka dan diatasnya tertera maklumat berkenaan kopi yang diminum.

Konsep Perpustakaan Starbucks ini dihasilkan oleh firma NENDO dengan tujuan mengingatkan orang ramai tentang amalan membaca sambil meminum kopi. Ini idea yang bagus kerana sekarang tabiat meminum kopi dilakukan sambil menunjuk-nunjuk Macbook dan menggunakan WiFi percuma!




Laporan asal Framebook

2 comments:

  1. Blog sdr telah pun dipautkan keblog saya, tks...

    http://shalehudin.blogspot.com/

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...