Thursday, 21 March 2013

747 DREAMLIFTER : PESAWAT KARGO GERGASI BOEING


Boeing 747 Dreamlifter ialah 4 peswat khas yang dibina oleh Boeing bagi memudahkah operasi pemasangan pesawat 787 Dreamliner mereka. Aku ada paparkan pasal 787 tempohari dan kerana komponen pesawat ini dibuat di merata dunia pengangkut kargo gergasi diperlukan. Pada awalnya Boeing bercadang menggunakan kapal kargo biasa tetapi masa yang diambil untuk berlayar adalah terlalu lama. Sebagai contoh sayap 787 dibina di Jepuntetapi kilang pemasangan akhir pesawat terletak di Amerika Syarikat. Jika gunakan kapal masa pemasangan
pesawat baru pasti lambat gila babi.

747 Dreamliner ialah pesawat 747 400 yang diubahsuai. Ianya membuat penerbangan pertama pada tahun 2006. Badan pesawat 747 biasa dilebarkan sebanyak 6 kaki kepada 27 kaki. Tinggi ditambah sebanyak 7 kaki manakala bahagian ekor 747 Dreamlifter boleh dibuka dan dibengkokkan bagi memberi akses kepada ruangan kargo. Apa yang menarik jumlah muatan maksimum yang dibenarkan dibawah Dreamlifter sebenarnya lebih KECIL dari pesawat 747 biasa. LOWL! Aneh tetapi benar. Pesawat ini direka untuk kegunaan dalaman boing dan bukan untuk dijual.



Kredit Gambar Airliners

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...