Hari ini giliran studio PIXAR pula. PIXAR seperti yang kita sedia maklum bertanggung jawab menghasilkan UP, Toy Story, The Incredible, Hikayat Hang Setia dan Finding Nemo. Studio inilah yang merubah dunia animasi dunia. Kerana kewujudan PIXAR dan keberuntungan francais Toy Story, studio-studio lain juga berlumba-lumba menghasilkan filem animasi 3D mereka sendiri.
Studio yang terletak di Emeryville California ini dibina atas arahan Steve Jobs pada tahun 1999. Pada ketika itu PIXAR masih dimilik Apple sebelum ianya dijual kepada Disney dengan harag USD 7.4 billion. Anyways studio animasi ini menerapkan elemen rekaan yang diperhalusi oleh
Arwah Steve. Sebagai contoh beliau mahukan sebuah ruang pejabat yang membenarkan perkongsian idea dengan mudah. Ruangan atrium gergasi diletakkan di tengah-tengah kampus dan dijadikan focal point untuk pekerja Pixar berinteraksi. Kampus ini menjadi tempat kerja kepada 1200 orang. Keluasannya pula ialah sekitar 20 ekar. Disekeliling kampus terdapat amphiteater yang mampu menempatkan 600 orang, padang bola, kolan renang bersaiz Olimpik dan trek jalan kaki.
Laporan asal RottenTomatoes
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.