Tuesday, 8 January 2013

KELAB MALAM DI DALAM BUNKER NUKLEAR DI RUSSIA


Kelab malam biasanya mempunyai tema futuristik supaya bertepatan dengan lagu yang sering berkumandang di dalamnya. Di Russia ada sebuah kelab malam yang bertemakan zaman Soviet. Tema ini dipilih kerana kelan malam ini dibina di dalam sebuah bekas bunker serangan nuklear ketika Perang Dingin diantara blok Timur dan Barat. Bunker ini dibina sekitar 1950an dan digunakan sehingga1986. Selepas itu ianya ditinggalkan sebelum dijual kepada
orang awam selepas kejatuhan kerajaan Soviet. 

Kelab malam dibina pada sebahagian bunker tetapi pada bahagian lain sebuah muzium juga dibina bagi mengingatkan generasi masa hadapan bagaimanakah rupa kehidupan seharian penghuni bunker ini suatu ketika dahulu. Bahagian lain pula ditutup dari orang awam kerana tidak mahu mereka tersesat. Konsep bunker diubah menjadi kelan malam bukanlah perkara baru. kelab malam di bawah laut pertama dunia

Di Malaysia ada beberapa bunker bawah tanah zaman Perang Dunia Kedua yang masih wujud. Salah satunya terletak di Muzium Perang Pulau Pinang. Bunker-buker lama ini sangat menyeramkan kerana sejarah masa lampaunya yang hitam. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan terdapat bunker bawah tanah yang menyambungkan Putrajaya ke KLIA. Terowong yang menyambungkan kedua-dua lokasi ini dibina untuk kegunaan kerajaan jika berlaku peperangan. Kami tak pasti sama ini benar ataupun hanya lagenda urban.



Laporan asal Walkabout via EnglishRussia 

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...