Sunday 13 January 2013

MARI MELIHAT RUPA RONALD MCDONALD ASAL


Tahukah anda, dalam sebuah bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Ronald McDonald lebih mudah dikenali kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah dari wajah Jesus dan Abraham Lincoln? Kita semua mengenali muka badut Ronald yang digunakan dalam mengiklankan restoran makanan segera No 1 dunia ini. Tapi tahukah rupa asal Ronald ketika pertama kali muncul pada
tahun 1963? Ronald dicipta oleh Willard Scott untuk penggambaran 3 buah iklan pada tahun tersebut. Willard Scott sebelum itu melakonkan watak Bozo The Clown, sebuah rancangan TV yang pernah ditayangkan di TV2 pada awal 90an dahulu. Tak pasti sama ada newfags dikalangan pembaca Blog ini kenal atau tidak dengan Bozo.

Menurut Willard pada ketika itu rancangan mempunyai badut sangat popular di US. Pihak McDonald mahukan sebuah watak badut yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk makan di restoran mereka. Oleh sebab itu Willard mencipta wata"Ronald McDonald, the Hamburger-Happy Clown". Beliau kemudian melakonkan watak Ronald dari 1963-1965. Sejak Willard bersara dari menjadi Ronald, sebanyak 11 orang telah diambil oleh McDonalds untuk melakonkan watak Ronald didalam iklan mereka. So now you know.





Laporan asal Wikipedia

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...