Friday, 25 January 2013

MONUMEN RENAISSANCE AFRIKA : MONUMEN TERBESAR DI AFRIKA


The Monument to African Renaissance ialah monumen gergasi setinggi49 meter yang terletak di ibu negara Senegal Dakar. Ianya siap dibina pada tahun 2010, tepat pada ulang tahun ke 50 kemerdekaan Senegal dari negara Perancis, Monumen ini direka oleh arkitek terkenal Senegal Pierre Goudiaby dan merupakan projek mega Presiden Abdoulaye Wade
Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan sebuah syarikat dari Korea Utara diberikan kontrak membina monumen ini. Pemilihan syarikat dari Korea Utara ini merupakan

permulaan pelbagai kontroversi yang bakal melanda projek ini. Dengan kos pembinaanUSD 27 Juta, ramai merasakan pembinaan monumen ini membazir kerana wang ini boleh digunakan untuk projek yang lebih bermanafaat. Gaji purata rakyat Senegal ialahUSD 1000 setahun! Kontroversi melanda lagi apabila Presiden Abdoulaye Wade meminta 35% hasil kutipan tiket untuk diri beliau atas alasan idea pembinaan monumen ini ialah "harta intelektual" beliau. Selain daripada itu pembinaan patut gergasi juga dianggap tidak sesuai untuk Senegal dimana 94% rakyatnya beragama Islam. Pihak imans menegaskan patung gergasi tidak menutup aurat ini sangatlah tidak syaria compliant. 






Laporan asal Kuriositas

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...