Saturday, 12 January 2013

RUMAH DARI TANGKI AIR DIGUNA SEMULA



Menara air konkrit ialah pemandangan yang biasa kita lihat di Malaysia terutamanya di institut pengajian tinggi. Kalau nonton filem 3 Idiots, menara air konkrit ialah dimana 3 Idiots dan musuh mereka meletakkan pertaruhan siapa yang paling berjaya selepas keluar dari universiti.

Di Antwerp, Belgium terdapat sebuah menara air yang tidak lagi digunakan kerana sudah usang. Selalunya menara air sebegini akan dirobohkan sahaja kerana tidak lagi mempunyai apa-apa fungsi. Tetapi firma senibina Crepain Binst berjaya merubah menara air ini menjadi

sebuah apartment 6 tingkat. Bahagian bawah diubah menjadi ruang makan, dapur dan rehat sementara bahagian atas menjadi bilik tidur. Dinding diperbuat dari kaca separa lutsinar memastikan bangunan ini menggunakan pencahayaan semula jadi dan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Idea yang unik dan cool. Ada berani tinggal di sini dan disekodeng pembaca Blogserius sekalian?

Kami berharap kalau ada IPTA atau IPTS di Malaysia sudah tidak memerlukan menara air mereka idea ini diguna pakai. Jadikan menara air ini sebagai bilik riadah student. Boleh study sambil menikmati pemandangan sekitar kolej yang indah. Sangat nice dan tidak membazir. Do it!





Laporan asal Crepain Binst

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...