Wednesday, 20 February 2013

RUSIA : PERTEMPATAN PALING SEJUK DI DUNIA

OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C). Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.



Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C. Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C. Tidak banyak hidupan terdapat di situ.Selain beberapa
spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan. Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien. Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.




















3 comments:

  1. gila ah.. duk dalam aircond pun rasa mcm nak mati kesejukan.. inikan pulak yang suhu mcm ni.. pffftttt... mintak simpang ler..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar2 nii, teringat masa sy tinggal 2 tahun di luarnegara di satu tempat yg seakan ini, suhunya mencapai - 40 darjah celcius. Kena pakai berlapis2 pakaian sebelum keluar rumah. Saya suka blog ini dan saya save utk tatapan di masa hadapan. Tahniah !

    ReplyDelete
  3. Ee tak sanggup la nk dtg tempat mcm ni.. boleh mati kesejukan

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...