Monday 11 February 2013

MARI MELAWAT DAERAH GANGNAM, SEOUL


Gangnam ialah salah satu dari 25 daerah di dalam bandaraya Seoul, Korea Selatan. Gangnam bermaksud "selatan dari sungai" kerana ianya terletak di bahagian Selatan Sungai Han yang merentasi Seoul. Ianya haya seluas 39 kilometer persegi tetapi nilai hartanahnya ialah yang tertinggi di Seoul. Harga purata sebuah apartment di Gangnam, ialah sekitar USD 750 000 (RM 2.25 Juta) dan ini bersamaan dengan gaji purata rakyat Korea Selatan selama 18 tahun. Ianya menjadi tempat tinggal pilihan para artis dan ahli politik elit Korea Selatan. Oleh itu ia bersamaan dengan Bangsar di Malaysia. Pejabat besar dua syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung dan 
Hyundai juga terletak disini. Oleh sebab itu juga kawasan Gangnam dipenuhi dengan kedai barangan mewah yang menjadi tarikan hampir600 000 penduduknya. Pada tahun 2011 kumpulan Girl's Generation dlantik menjadi duta pelancongan daerah Gangnam,.!




Laporan asal Business Insider

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...