Thursday, 21 February 2013

PENJARA DI HONDURAS SERABUT


Selamat datang ke Penjara San Pedro Sula yang terletak di negara Honduras. Penjara ini merupakan antara pejara paling berbahaya dan korup di Honduras. Tidak seperti penjara normal,San Pedro Sula sebenarnya sebuah bandar dengan dinding mengelilingnya dan penduduk tidak "bandar" tidak boleh keluar. Bahagian luaran penjara dijaga oleh pegawai penjara sementara bahagian dalam dikuasai oleh banduan. Banduan dan pegawai penjara mempunyai undang-undang mereka sendiri. Sebagai contoh terdapat garisan kuning yang memisahkan kawasan kawalan banduan dan pegawai penjara. Garisan yang di beri nama "linea de la muerte" (garisan maut) tidak boleh dilangkaui mana-mana pihak. Pihak banduan tahu jika mereka melintasi garisan ini mereka akan ditembak. Jika pegawai penjara pula melintasinya mereka pula mungkin dbunuh.

Pada awalnya linea de la San Pedro Sula dibina bagi menempatkan 800 orang banduan tetapi kini ia menempatkan 2137 orang penghuni. Didalam San Pedro Sula, banduan mempunyai autonomi lengkap dengan pasar, kedai gunting rambut dan

pusat pelacuran. Binatang ternakan seperti ayam, kambing dan babi juga dibela seperti sebuah ladang didalam San Pedro Sula.Korupsi membenarkan ini semua berlaku Ketua banduan berkongsi keuntungan perniagaan mereka dengan pegawai penjara asalkan mereka menutup mata dan mulut. Noe Betancourt ialah ketua banduan sekarang dan beliau "dilantik" selepas membunuh ketua yang terdahulu kerana beliau menaikkan sewa bilik kurungan. Ini membawa kemarahan banduan yang lain yang memancung kepala beliau dan kemudiannya memberi jantung yang dirobek kepada anjing bekas ketua mereka. Oh yes, banduan harus membayar diantara sewa USD 50 hingga USD750 sebulan kepada Noe Battencourt. Wang ini kemudiannya digunakan bagi membayar kos bulanan penjara.







Laporan asal Times

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...