Monday, 11 February 2013

PENGUBAHSUAIAN EIFFEL TOWER


Tingkat pertama Menara Eiffel ialah platform sebesar 5420 meter persegi yang terletak 57 meter dari permukaan tanah. Ianya menempatkan ruang pameran, bilik mesyuarat dan beberapa restoran serta dek meninjau pada bahagian tengahnya. Kali terakhir tingkat pertama ini diubah suai ialah pada sekitar 80-an. Antara projek permodenan yang akan dilakukan ialah pembinaan panggung berdinding kaca yang boleh menempatkan 300 orang penonton pada satu-satu masa. Lubang pada bahagian tengah tingkat pertama ini juga akan dikelilingan lorong pejalan kaki plexiglass selebar 1.5 meter yang
membenarkan anda melihat terus kebawah. Selain daripada itu bangunan yang bakal terbinia pada tingkat ini juga bakal dilengkapkan dengan bahan binaan mesra alam. Kos penaiktarafan ini dijangka mencecah EURO 25 Juta (RM 99.5 Juta)




Laporan asal Paris.Fr

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...