PETALING JAYA – Penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu ‘Janji Manismu’, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.
Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya di Program ‘Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah’ di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.