Wednesday, 23 May 2012

Hadis Huru-Hara Pada 15 Ramadhan Palsu...??


Hadis Huru-Hara Pada 15 Ramadhan?  pernah jumpa pasal cerita nie dahulu, hrm.. surat berantai lagi. Terbaru kali ini Admin jumpa daripada Fan page FB Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Sekadar perkongsian untuk pembaca sekalian. Sebelum kita melihat jawapan yang Ustaz Azhar Idrus berikan mengenai Hadis Huru-Hara Pada 15 Ramadhan ini. Mari kita lihat terlebih dahulu isi kandungan Hadis tersebut serta perbincangan yang dibuat mengenainya.



03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)
Haa.. dan ini jawapan yang dinantikan daripada Ustaz Azhar Idrus. Admin letak gambar kat bawah nie senang sikit nak tengok. Kemah keming jawapan Ustad! Ringkas tapi padat. Jawapan Ustaz Azhar Idrus tentang hadis huru-hara 15 Ramadhan:

kemudian carila pasal post nie dalam Fan Page Ustaz Azhar Idrus (Original) tak jumpa la pulak. Kemudian cari di Google menggunakan katakunci daripada petikan di dalam ganbar di atas: “tak mustahil boleh berlaku..cuma hadithnya”. Jumpa juga akhirnya, hehe. Tapi bila klik je link tu dah tak ada dalam Facebook (Ini linknya). Mungkin dah kena delete kot atau FB delete sebab banyak post sangat atau post dah lama. Cuba anda buka tengok.

1 comment:

  1. umm..pasal surat berantai ny aku paling x suke bukan ape macam dye bagi msg suruh sebarkan.law sebar berita gembira law x dapat bala..sape orang 2 nak tentukan kan...
    betul x?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...