Khalid Mohd Ismath memang sentiasa nak tunjuk jaguh.Muka pelajar jurusan undang-undang UiTM ini selalu kelihatan di acara pembangkang.Dalam usaha untuk mencipta nama dia juga banyak membuat gimik.
Namun kali ini agak melampau bila dia tulis dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh.
Ramai yang geram dengan aksinya.
Gambarnya tersiar sebagai salah seorang yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam Bersih 3.0
Sabtu dia menerima padahnya bila ditahan oleh polis selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur jam 10 pagi.
Khalid yang datang bersama seorang peguam dan ahli keluarganya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.