Tuesday, 12 February 2013

PESAWAT PERANG DUNIA KEDUA DITEMUI SELEPAS HILANG 70 TAHUN


Sebuah pesawat Curtiss P-40 Kittyhawk milik Tentera Udara Diraja Britainditemui di tengah-tengah gurun utara Mesir selepas hilang pada Jun 1942. Penemuan dilakukan oleh beberapa pekerja syarikat petroliam yang sedang mencari tapak menggali minyak di padang pasari tersebut. Pesawat yang dipandu Sarjan Dennis Copping terhempas beratus batu dari penempatan awam selepas mengalami kerosakan akibat ditembak musuh. Adalah dipercayai beliau cuba membuat pendaratan kecemasan tetapi kerana kerosakan instrumen pesawat beliau tersesat dan

Monday, 11 February 2013

KOLAM TERAPUNG DI TINGKAT 24


Di Holiday Inn Pudong Kangqiao terdapat sebuah kolam renang yang terapung pada tingkat 24. Kolam sepanjang 30 meter ini dibina menggunakan rekaan cantilever dan sebahagian daripanya terkeluar dari dinding hotel. Pada bahagian terkeluar ini diletakkan lantai lutsinar yang diperbuat daripada kaca. Ini membenarkan perenang

PENGUBAHSUAIAN EIFFEL TOWER


Tingkat pertama Menara Eiffel ialah platform sebesar 5420 meter persegi yang terletak 57 meter dari permukaan tanah. Ianya menempatkan ruang pameran, bilik mesyuarat dan beberapa restoran serta dek meninjau pada bahagian tengahnya. Kali terakhir tingkat pertama ini diubah suai ialah pada sekitar 80-an. Antara projek permodenan yang akan dilakukan ialah pembinaan panggung berdinding kaca yang boleh menempatkan 300 orang penonton pada satu-satu masa. Lubang pada bahagian tengah tingkat pertama ini juga akan dikelilingan lorong pejalan kaki plexiglass selebar 1.5 meter yang

MARI MELAWAT DAERAH GANGNAM, SEOUL


Gangnam ialah salah satu dari 25 daerah di dalam bandaraya Seoul, Korea Selatan. Gangnam bermaksud "selatan dari sungai" kerana ianya terletak di bahagian Selatan Sungai Han yang merentasi Seoul. Ianya haya seluas 39 kilometer persegi tetapi nilai hartanahnya ialah yang tertinggi di Seoul. Harga purata sebuah apartment di Gangnam, ialah sekitar USD 750 000 (RM 2.25 Juta) dan ini bersamaan dengan gaji purata rakyat Korea Selatan selama 18 tahun. Ianya menjadi tempat tinggal pilihan para artis dan ahli politik elit Korea Selatan. Oleh itu ia bersamaan dengan Bangsar di Malaysia. Pejabat besar dua syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung dan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...