Mari kita lihat muzium Cutty Sark di London. Cutty Sark ialah kapal tea clipper terakhir didunia. Tea Clipper ialah kapal perdagangan yang digunakan pada kurun ke 19. Kapal dari jenis ini terkenal kerana kepantasan dan membantu Britain menjadi negara perdagangan terkaya dunia. Kapal sebeginilah yang membawa bijih dan
getah dari negara kita ke Britain dan seterusnya menjadi mangkin revolusi industri bekas colonial master kita.
Cutty Sark kini diubah menjadi muzium. Setelah 50 tahun dibiarkan tersadai di dermaga kering ianya menjalani proses baik pulih pada tahun 2004. Sepatutnya muzium ini dibuka pada tahun 2009 tetapi berlaku kebakaran yang menyebabkan sebahagian Cutty Sark rosak teruk. Muzium ini dan Cutty Sark hanya dibuka kepada orang ramai 26 April yang lalu dan ianya sangat awesome. Bahagian badan kapal terapung 3 meter dari lantai dermaga dan pengunjung boleh melihat sendiri struktur kapal ini dari jarak dekat. Atap kaca pula direka seakan-akan permukaan laut seolah-olah memberi ilusi Cutty Sark masih berlayan. Cool stuff. Bahagian dalaman kapal pula menjadi ruang muzium dan mempamerkan sejarah Cutty Sark serta perdagangan pada kurun ke 19. Siapa di London sila pergi. .
Laporan asal ArhcDaily
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.