Wednesday, 17 April 2013

ISTANA UTAMA KREMLIN YANG AMAT MEWAH


Grand Kremlin Palace ialah istana utama yang berada di dalam kubu terkenal Kremlin di Moscow Russia. Istana utama ini dibina dari tahun1837 sehingga 1849. Ianya digunakan oleh keluarga diraja Russia sebagai kediaman rasmi mereka ketika menetap di Moscow. Istana ini adalah 125 meter panjang, 47 meter tinggi dan mempunyai keluasan 25 000 meter persegi. Kediaman mewah diraja ini juga mempunyai 

700 buah bilik. Lima daripadanya merupakan dewan besar yang digunakan untuk upacara rasmi kerajaan. Selepas Revolusi Bolshevik 1917 istana ini dikekalkan dan dipertontonkan kepada awam untuk menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh keluarga di raja Tsar Nicholas. Kini Gand Kremlin Palaca menjadi tempat upacara rasmi kerajaan dilangsungkan. Memang nama istana ini sesuai dengan kemewahan di dalamnya.





Laporan asal Zylat via EnglishRussia

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...