Manusia moden semakin bergantgung kepada teknologi. Antara teknologi yang paling aku perlukan setiap hari ini kemudahan internet tanpa wayar. Internet tanpa wayar memudahkan aku bekerja walaupun ketika di luar rumah. Di Pulau Pinang kamidiberitahu ada inisiatif untuk mewujudukan Wi-Fi percuma seluruh bandar Georgetown. Malangnya semasa kami di Penang wifi ada tapi tak ada port boleh chill dan mengecas laptop pada
masa yang sama.
Di Perancis, Mathieu Lehanneur seorang jurureka menghasilkan konsep tempat rehat merangkap pehentian bas yang diberi namma Escale Numérique (Digital Break). Setiap kerusi di perhentian bas ini dilengkapi dengan palam kuasa dan meja untuk meletakkan komputer riba. Ia juga dilengkapi dengan skrin sesentuh yang memaparkan tweet berita terkini dan jadual perjalanan bas gergasi. Ia juga menawarkan hot spot untuk Wi-Fi percuma kepada mereka yan duduk berhampiran Pendek kata inilah perhentian bas masa depan yang diidamkan manusia yang merupakan hamba teknologi seperti kami! Haha! Konsep perhentian bas ini cool tapi di Malaysia kami yakin tak sampai seminggu TV akan hilang dan coretan "Amin Luv Shasha Poreber" atau"Call 010 7882183 untk lelaki jambu" akan terlakar dengan kadar segera. Shame!
Laporan asal Fastco
menarik...tapi tu la kalau kat malaysia,sehari pasang konpem jahanam....
ReplyDelete