Monday, 3 December 2012

SEBUAH PASAR BUAH DI JEPUN

Ini ialah sebuah pasar buah merangkap sebuah hotel 15 bilik yang terletak di Prefacture Kochi Jepun. Ia mempunyai rekaan tradisional Jepun dan nampak sangat unik jika dibandingkan dengan rekabentuk kebanyakkan pasar yang biasa kita lihat. Ianya direka oleh firma jurubina Kengo Kuma And Associates. Jepun oh Jepun........... kenapa rekabentuk bangunan korang pun comel?





MARI LIHAT DUBAI METRO YANG CANGGIH

Dubai Metro ialah sistem pengangkutan keretapi awam tanpa pemandu terpanjang dan tercanggih di dunia. Ianya mula dibuka pada 9 September 2009 pada jam 9.09 minit malam oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sistem keretapi sepanjang 74.6 kilometer ini mengandungi 43 buah stesen didalam 2 laluan utama ialah Red dan Green line. Setakat ini USD 7.6 Billion (RM 22.8 Billion)sudah dibelanjakan untuk sistem rel kegunaan awam pertama di tanah Arab ini. 





LEELA PALACE UDAIPUR : HOTEL MEWAH DI INDIA

The Leela Palace Udaipur ialah sebuah hotel mewah seakan istana Maharajah yang dibina di Rajastan India. Ianya terletak di tebing Tasik Pichola dan dikelilingi Pergunungan Aravalli. Hotel ini mempunyai 80 buah bilik yang setiap satunya dihiasi dengan mewah dan bersesuian untuk golongan diraja. Bilik paling kecil di hotel ini ialah seluas 580 kaki persegi manakala suite dirajanya sebesar  3552 kaki persegi





Sunday, 2 December 2012

SENI MINIATUR MENGGUNAKAN KADBOD

Kami di Blogserius gemarkan seni miniatur kerana ketika masih muda remaja dan tidak mempunyai  ari-ari dahulu kami gemar membina model miniatur pesawat pejuang Tamiya dan Hasegawa. Berjam-jam kami habiskan mengecat pesawat pejuang kami. Ianya hobi yang memerlukan kesabaran total. Di Australia. Daniel Agdag juga seorang yang minat membina miniatur. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...