Wednesday 16 April 2014

LARAKI MOTORS EPITOME : KERETA 1750 KUASA KUDA



Epitome ialah konsep kenderaan berprestasi tinggi pertama dari Laraki Motors. Laraki Motors dimiliki oleh Abdussalam Laraki, seorang pereka kapal layar mewah yang berasal dari Maghribi. Beliau mahu mengembangkan sayap perniagaan beliau dengan mereka kenderaan pula. Epitome diperbuat daripada gentian karbon dan
diperkasakan enjin V8 7 Liter dengan 1750 kuasa kuda. Keunikan Epitome ialah ia dilengkapi dua tangka minyak. Satu tangki untuk minyak petrol biasa manakala sebuah lagi untuk minyak dengan tahap Oktanayang lebih tinggi. Jika pemilik Epitome mahu memecut dengan lebih laju beliau boleh menukar sumber minyak dengan menekan sebuah butang. Harga sebuah Epitome adalah USD 2 Juta  (RM 6.6 Juta) sebuah. Sila kumpul duit,



Laporan asal Autoblog

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...