Kita sudah biasa melihat jambatan yang bahagian tengahnya boleh dibuka bagi membenarkan kapal lalu dibawahnya. Bulan lalu kami ada tunjukkan jambatan yang berputar di Hull England yang membenarkan laluan kapal. Jambatan ini unik tetapi hari ini kami temui sebuah lagi jambatan unik di Greece. Dua buah jambatan tenggelam timbul boleh ditemui di
Corinth dan Isthmina. Ia terletak di hujung Terusan Corinth dan siap dibina pada tahun 1988. Untuk membenarkan laluan kapal jambatan ini akan tenggelam sedalam 8 meter. Kenapa ianya dibina sedemikian rupa? Kerana terusan ini hanya mempunyai 8 meter dalam dan 16 meter lebar. Tanpa struktur pada bahagian atas jambatan, kapal layar dapat melepasi jambatan ini tanpa risau berlakunya perlanggaran pada bahagian atas.
IN B4 "kalau Malaysia buat jambatan ni tak boleh menyelam macam Scorpene"
Laporan asal Amusing
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.