Monday, 27 January 2014

MUZIUM PENGKEBUMIAN KEBANGSAAN HOUSTON TEXAS




The National Museum of Funeral History yang terletak di Houston Texas ialah sebuah muzium yang unik. Muzium dengan keluasan 35 500 kaki persegi ini dibuka pada tahun 1992 bagi mempamerkan sejarah tradisi pengkebumian masa sejak zaman berzaman. Antara artifak yang dipamerkan di muzium ini ialah kereta-kereta mayat, pelbagai bentuk keranda, alatan mengawet jasad dan
diorama pengkebumian bersejarah. Dua pameran yang kami rasakan menarik ialah pameran pengkebumian Paus di Vatican. Pihak vatican meminjamkan gambar pengkebumian Paus dan replika keranda yang dipakai. Pameran pengkebumian Presiden Amerika Syarikat juga ada di dalam muzium ini lengkap dengan diorama pengkebumian Abraham Lincoln. Selain itu terdapat juga pameran keranda yang unik dari Ghana serta istiadat pengkebumian dariJepun. Jika anda seperti kami gemar melaway muzium yang luarbiasa, The National Museum of Funeral History pasti ada masukkan di dalam senarai muzium yang harus dilawati!



Laporan asal NMFH

1 comment:

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...