Ah Mother Russia! Negara yang besar dan mempunyai idea kejuruteraan yang aneh ketika perang dingin. Russia sudahpun memegang rekod negara pengeluar kapal terbang terbesar dengan terbinanya Antonov 225 Mriya lebih dua dekad yang lalu. Tapi tahukah anda mereka juga pernah mengeluarkan helikopter terbesar dunia?
Helikopter ini ialah Mil Mil V-12 Homer. Ianya dibina pada tahun 1968 untuk tujuan mengangkut roket nuklear balistik ke
silo pelancaran diseluruh Soviet. Pada waktu itu pihak tentera merasakan sistem pengangkutan jalan raya Soviet masih belum sesuai untuk digunakan bagi memindahkan roket yang sudah siap ke silo. Jalan yang tak rata dan diseliputi salji mungkin menyebabkan roket mereka rosak ketika penghantaran. Syarikat pengeluar helikopter ternama Mil Mi dikerahkan untuk mereka sebuah helikopter gergasi untuk tujuan ini. Dua prototaip Mil Mi V-12 dihasilkan dan semasa tempoh percubaan ianya melangkaui semua kehendak pihak tentera Soviet. Ia juga memegang rekod berat maksimum pernah diangkat sebuah helikopter dengan berat 44205 KG sehingga ketinggian2255 meter. V-12 Homer mampu melakukan kesemua ini kerana diperkasan dengan 4 buah enjin yang setiap satunya menghasilkan 6500 kuasa kuda! BAD ASS!
Malang bagi Mil Mi V-12 pada tahun 1974 projek ini dibatalkan pihak tentera. Sebabnya ialah mereka berjaya mereka roket yang lebih kecil dan keperluan helikopter gergasi tidak lagi diperlukan. Kedua-dua protaip V-12 masih wujud. Satu terletak di Muzium Moninoverhampiran Moscow dan satu lagi tersadai di kilang Mil Mi sehingga hari ini.
Laporan asal WIki dan AviStar
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.