Monday, 7 October 2013

PULAU ONYX : PULAU BINAAN MANUSIA SEMPENA PIALA DUNIA 2022 DI QATAR


Onyx Island ialah sebuah projek mega yang kini dalam peringkat konsep di Qatar. Pulau dengan keluasan  dua juta meter persegi ini akan dibina pada pesisir pantai Doha bagi menempatkan hotel dan kawasan perumahan untuk 25 000 pelawat yang bakal tiba untuk Piala Dunia 2022. Kos pembinaan pulau buatan manusia ini dianggarkan sekitar USD 5.5 Billion (RM 16.5 Billion). Projek ini walaubagaimanapun mendapat tentangan pecinta alam kerana
dikatakan bakal merosakkan ekosistem yang sedia ada. Kami tak tahu apa obsesi sesetengah negara dengan pembinaan pulau buatan manusia. Umum kita ketahui projek The World di Dubai kini sudah gagal kerana pulau berbentuk peta dunia yang terbina tidak terjual dan mula terhakis. Ia juga mengakibatkan kerosakan ekosistem dan hakisan ombak yang kronik di Dubai. 




2 comments:

  1. tok arab dah bingung.....Allah bagi rezeki untuk membantu umat Islam, bukannya untuk buat benda megarut macam ni dan beli team bolasepak!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...